Subscribe Newsletter

captcha

Pada tanggal 15hb Julai 2017, “Malay Culture Club” mewakili pihak Kolej Teknologi Perak telah mengadakan aktiviti yang diberi nama “Sejenak Bersama, Selama Terasa”. Aktiviti ini merupakan sambutan Majlis Hari Raya anjuran MCC bersama anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Ar-Ridwani Ipoh, Perak. Seramai 17 anak-anak yatim serta 22 ahli kelab MCC telah turun padang bagi menjayakan program tersebut.

Penasihat kelab Puan Nurul Asfarina serta Encik Asfani Izlan telah bersama-sama turut serta dalam program ini. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan serta yang terlibat dalam program ini. In shaa Allah program yang seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Akhir kata,

Rahman berbasikal dari Tampin ke Muar,

Ditengah perjalanan ditahan nyonya,

Terima kasih diucapkan kepada semua,

Semoga segala sumbangan diberkati olehNya.


Back to Photo Gallery


Print